Thursday, 2 August 2018

Bab 1

Arina terpempan apabila badannya ditolak kasar oleh seorang lelaki. Tidak cukup dengan itu, lelaki itu menengkingnya pula di hadapan orang ramai.
“Apa kau buat dekat sini?!” bengis wajah lelaki itu. Arina menggigil. Dia tidak mampu bersuara kerana terpandang wajah lelaki itu yang tidak ubah seperti singa buas.
“Jawablah!” tengking lelaki itu lagi. Arina menggeleng kepala dengan perlahan. Belakang badannya terasa sengal akibat dihentak pada pintu kereta mewah lelaki itu. Lelaki itu mencengkam lengannya dengan kuat. “Kalau client aku tahu kau ni siapa aku nak letak muka kat mana,hah?” Arina terkelu lagi. Lemahnya dia. Ya allah.
“Saya mintak maaf. Saya balik dulu,” Arina bersuara perlahan lalu mula beredar dari menjadi perhatian orang ramai yang membawang. “Stop! Aku tak habis lagi dengan kau! Arina Maisarah!” lelaki itu mengejarnya. Entah dari mana datang kekuatan, Arina berlari seperti lipas kudung menyelit di celah orang ramai dan akhirnya, dia tiba di suatu gerai yang penuh dengan barangan hadiah. Dia menyorok di belakang sebuah teddy bear yang bersaiz dua kali ganda daripada badannya.
Arina mengintai dari celahan lengan teddy bear besar itu. Dia terlihat lelaki tadi lalu dia menahan nafas dan masih kekal dalam tempat persembunyiannya. Setelah lebih kurang 15minit bersembunyi, Arina mengintai lagi sekali. Hilang. Arina lega. Tiba-tiba, bahunya ditepuk dengan lembut daripada belakang. Arina menjerit kecil.
“Miss?” sapa lelaki itu. Arina diam. Seperti terpukau dengan keindahan wajah lelaki itu. Persis wajah artis Barat yang diminatinya sedari dulu, Shawn Mendes. “Hello, miss?” lelaki itu memetik jari di hadapan wajah Arina. Arina tersedar. Wajahnya membahang malu. ‘ish, anak dara tak tahu jaga mata. Buat malu betul,’ Kutuk Arina dalam hati.
“Err.. maaf. Saya sesat tadi.” Alasan itu terpacul keluar daripada mulut Arina. Lelaki yang berpakaian kemas itu memerhatikan wajah Arina. Hatinya kembali berdarah. Persis wajah kekasih lamanya, Lydia. “Cik nak pergi mana? Saya hantarkan.” Pelawa lelaki itu. Arina mengerutkan dahinya. Dia tidak kenal lelaki ini, mana mungkin dia terima pelawaannya? Dan sebenarnya keretanya masih ada di tempat parkir kereta yang menjadi saksi pertelagahan antara dia dan lelaki yang kasar itu.
“Eh tak apa. Kereta saya ada kat tempat parking. Tapi saya tak tahu macam mana nak patah balik. Leka jalan tadi,”Arina senyum kecil. Lelaki itu ketawa. “Tempat parking sini banyak, cik. Bahagian mana cik parking,ya?” berubah wajah Arina.

No comments:

Post a Comment

kentang